BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita agresif, tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis ditahan

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 34 tahun ditahan polis selepas disyaki mencetuskan kekecohan awam dan bertindak agresif terhadap anggota polis dalam satu kejadian di Mergong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian bermula apabila suspek dipercayai menumbuk seorang pekerja di sebuah syarikat di kawasan berkenaan, sebelum polis dikerah ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kira-kira pukul 1.11 petang, anggota polis mendapati wanita berkenaan masih mengganggu ketenteraman awam.

“Anggota polis telah memperkenalkan diri dan cuba menenangkan keadaan dengan memujuk suspek supaya bertenang serta memberi kerjasama. Namun, suspek bertindak sebaliknya apabila menjadi agresif dan provokatif,” katanya.

Syed Basri berkata, wanita itu meninggikan suara, memaki hamun serta membuat isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengah ke arah salah seorang anggota polis.

Related Articles

Beliau menambah, suspek turut membaling kad pengenalannya ke arah anggota terbabit, selain meludah sebanyak dua kali ke arah anggota berkenaan serta beberapa individu lain di lokasi kejadian.

“Wanita itu juga didakwa mengeluarkan kata-kata menghina agama Islam. Insiden tersebut dirakam oleh orang awam dan videonya kemudian tular di aplikasi TikTok,” katanya.

Menurut Syed Basri, suspek ditahan pada pukul 2.30 petang dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar, esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button