Wanita Indonesia, didakwa komplot bunuh suami bersama lelaki senegara
TAWAU – Seorang wanita warga Indonesia dan seorang pekerja ladang yang berdepan pertuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi di sini tidak mengaku bersalah atas dakwaan membunuh suami wanita berkenaan, dua tahun lalu, lapor NST.
Tertuduh, Suriani Anton, 46, bersama rakan senegaranya, Dimas Hardi Muhammad Nur Kholik, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Steve Ritikos, hari ini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bertindak secara bersama menyebabkan kematian Lim Chee Yong, 53, yang merupakan suami kepada Suriani.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan POIC, Lahad Datu, pada pukul 4.10 pagi, 31 Oktober 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, boleh dikenakan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, manakala Suriani diwakili peguam Jhasseny P. Kang. Dimas bagaimanapun hadir tanpa diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Januari bagi tujuan lantikan peguam, manakala pra perbicaraan, pengurusan kes serta serahan dokumen dijadualkan pada 27 Februari depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












