Lebih 120,000 warga ATM nikmati manfaat BUDI95 – PAT
KUALA LUMPUR – Lebih 120,000 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima manfaat secara langsung daripada Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, langkah itu bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup, tetapi turut mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan serta moral pasukan keselamatan negara.
“ATM amat menghargai keprihatinan dan sokongan padu kerajaan terhadap kebajikan warganya dan akan terus komited dalam melaksanakan amanah mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Perdana Menteri mengumumkan warga ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bermula Sabtu ini, tiga hari lebih awal daripada tarikh kuat kuasa rasmi pada 30 September ini.
Di bawah program tersebut, rakyat layak menikmati subsidi petrol dengan had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan, berbanding harga semasa RM2.05 seliter.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












