JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan warga emas disyaki rosakkan mesin ATM

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditahan bagi membantu siasatan berhubung perbuatan khianat memecahkan beberapa skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Jinjang, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Basri Sagoni, suspek warga tempatan berusia 67 tahun itu ditahan di bilik sewanya di Taman Mastiara, pukul 3.21 petang tadi.

Beliau memberitahu, pihak polis turut merampas pakaian, sebuah motosikal, topi keledar dan seketul batu yang disyaki digunakan dalam jenayah berkenaan.

“Soal siasat awal mendapati, suspek melakukan perbuatan berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

“Dengan tertangkapnya suspek itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM di Jinjang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang lelaki memecahkan skrin beberapa buah mesin ATM milik sebuah bank hingga menyebabkan kerugian dianggarkan sekitar RM60,000.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button