BERITA SEMASALUAR NEGARA

Wilayah Kamchatka digegar gempa bumi 7.8 magnitud

MOSCOW – Wilayah Kamchatka, Rusia, digegarkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 awal pagi Jumaat, sekali gus memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 128 kilometer dari bandar Petropavlovsk-Kamchatsky.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan perabot dan lampu berayun hebat di kediaman penduduk.

Perkhidmatan Geofizik Rusia pula merekodkan magnitud sedikit lebih rendah, 7.4, dengan sekurang-kurangnya lima gegaran susulan selepas hentakan utama.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran berhubung risiko ombak besar yang mungkin melanda beberapa kawasan pantai berhampiran.

Gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov, dalam kenyataan di Telegram menegaskan tiada laporan kerosakan diterima setakat ini.


“Pagi ini kembali menguji ketabahan penduduk Kamchatka. Saya menyeru semua agar bertenang. Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk pantai timur semenanjung,” katanya.

Untuk rekod, kawasan sama pernah dikejutkan gempa mega 8.8 magnitud pada Julai lalu yang mencetuskan tsunami sehingga memusnahkan sebahagian perkampungan pesisir pantai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button