BERITA SEMASA

Yana Najib imbau kezaliman terhadap Bossku

KUALA LUMPUR – Anak bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib, mengingatkan pemimpin UMNO akan ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan kepada ahli parti itu sehingga menyebabkan bapanya dipenjara.

Menurut Nooryana yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO, berlakunya pelbagai ketidakadilan sepanjang perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mempersoalkan mengapa saksi utama tidak dipanggil selain mendakwa hakim yang mengendalikan kes tersebut juga telah disusun.

“Bagaimana hakim disusun. Jentera penguatkuasa dikerah. Saksi utama tidak dipanggil, bekas gabenor tu bila nak dipanggil? Macam-macam alasan nak ‘delay’ (lengahkan) Apa lagi..,” soalnya

“Konflik kepentingan hakim boleh dikatakan ‘irrelevant’ (tidak relevan). Keputusan perbicaraan tersebar sebelum perbicaraan tamat. Peguam nak undur diri pun tak boleh..Mintak masa sedikit pun tak bagi. Nak sangat Dato Najib masuk dalam cepat-cepat.

“Tak cukup lagi tu. Nak mufliskan Datuk Najib pula. RM2.6 billion dah dipulangkan pun, tetap nak cukai RM1.7 billion,” katanya dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini,hari ini.

Dalam pada itu, Nooryana berkata, beliau berharap untuk melihat UMNO bangkit menjadi sebuah parti yang dominan semula.

“Saya mempunyai satu impian. Saya ingin melihat UMNO bangkit sekali lagi menjadi sebuah parti yang kuat dan dominan. 

 

“Saya ingin merasa kembali memori yang telah saya lalui semasa kecil dahulu di mana UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang disegani,” katanya lagi.

Tegas Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai itu, walaupun UMNO merupakan sebahagian daripada kompenan Kerajaan Perpaduan, prinsip parti tersebut perlu dipertahankan.

“Kita terima, disebabkan keadaan landskap politik hari ini yang semakin dinamik. Ya, kita harus bekerjasama dengan parti-parti lain. Ini bukan perkara luar biasa. Negara lain yang demokrasinya sudah matang, mereka juga mengamalkan prinsip perkongsian kuasa. 

“Tetapi, bergabung dalam Kerajaan perpaduan tidak bermakna prinsip UMNO yang dipegang selama ini boleh diabaikan begitu sahaja. Kita tetap harus pertahankan pendirian dan kekuatan kita sendiri,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button