LUAR NEGARA

8 kanak-kanak maut dalam insiden tembakan di Louisiana

LOUISIANA – Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak terbunuh dalam satu insiden tembakan di bandar Shreveport yang dipercayai berpunca daripada konflik keganasan rumah tangga.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, suspek yang belum dikenal pasti identitinya maut selepas ditembak polis.

Koperal polis, Chris Bordelon berkata, kejadian berlaku dalam radius yang besar melibatkan dua buah kediaman, dengan sebuah lagi rumah turut diperiksa pihak berkuasa.

Mangsa yang terkorban berusia antara satu hingga 14 tahun dan sebahagian daripada mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.

Dalam kejadian itu, dua individu lain turut terkena tembakan namun keadaan mereka masih belum dapat dipastikan.

Suspek dilaporkan merampas sebuah kenderaan sebelum melarikan diri dan akhirnya berjaya ditembak mati.

Pihak berkuasa percaya suspek merupakan satu-satunya individu yang melepaskan tembakan dalam kejadian yang disifatkan sebagai gangguan domestik itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Shreveport, Tom Arceneaux menyifatkan tragedi tersebut sebagai amat menyedihkan dan memaklumkan seluruh komuniti kini berkabung bersama keluarga mangsa.

AS yang mempunyai akses meluas kepada senjata api terus berdepan insiden keganasan bersenjata, dengan ribuan kematian dilaporkan setiap tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button