PM lawat Republik Turkiye 6-8 Jan
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Inbrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Republik Turkiye dari 6 hingga 8 Jan.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan tersebut merupakan sebahagian usaha bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua buah negara yang telah lama tejalin.
“Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan mempengerusikan secara bersama Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi.
“Penubuhan mekanisme berkenaan menceminkan komitmen Malaysia dan Turkiye dalam mempertingkatkan kerjasama strategik secara ebih tersusun dan menyeluruh,” katanya pada Taklimat Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Tunku Nashrul menambah, lawatan itu turut merangkumi perbincangan mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang, yakni perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan antara rakyat.
Selain itu, katanya, Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan syarahan umum dan mengadakan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan Türkiye serta diaspora Malaysia.
“Selain program rasmi di Ankara, lawatan ke Istanbul akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi melalui sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat Türkiye, di samping berinteraksi bersama media bagi menjelaskan hala tuju hubungan Malaysia–Türkiye,” katanya lagi.
Beliau menambah, lawatan rasmi tersebut turut mencerminkan keazaman Kerajaan MADANI untuk terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa yang strategik, pragmatik dan berorientasikan hasil, berteraskan prinsip Malaysia MADANI demi manfaat jangka panjang rakyat dan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












