Agong berkenan terima mengadap MB Johor
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu sesi pertemuan rasmi di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah taklimat mengenai laporan pencapaian ekonomi, pembangunan serta kemajuan negeri Johor, termasuk pelbagai usaha yang telah dilaksanakan kerajaan negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Sesi mengadap ini adalah sebahagian daripada rutin pertemuan berkala antara Seri Paduka Baginda dengan kepimpinan negeri bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai hal ehwal pentadbiran serta laporan pembangunan negeri,” menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim.
Tambah kenyataan itu, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan Seri Paduka Baginda, dengan pelbagai inisiatif kebajikan terus digerakkan menerusi yayasan berkaitan diraja termasuk Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Sultanah Fatimah dan Yayasan Sultanah Rogayah.
Yayasan berkenaan memainkan peranan penting dalam membantu golongan memerlukan serta meringankan beban rakyat di seluruh negeri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












