Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan negara ke Arab Saudi dan Bahrain
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi ini selepas menamatkan lawatan negara selama enam hari ke Arab Saudi dan Bahrain bermula 3 November lalu.
“Pesawat peribadi yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada pukul 8.30 pagi.

“Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail,” menurut kenyataan di Facebook rasmi Baginda.
Turut hadir menyambut keberangkatan Baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Asman Shah Abd Rahman; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli serta barisan ahli Jumaah Majlis Diraja Johor dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Sebaik berangkat tiba, Sultan Ibrahim turut berkenan melintasi Kawalan Kehormatan Statik (KKS) yang disempurnakan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSN).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












