BERITA SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa yang diraikan hari ini buat seluruh insan yang bergelar bapa.

“Bapa adalah sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pembimbing yang mencorakkan masa depan anak-anak.

“Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan yang amat bernilai.

“Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi di dalam hati,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, Sultan Ibrahim turut mendoakan kesejahteraan almarhum ayahanda baginda.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah baginda.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button