BERITA SEMASA

Agus Yusof sah letak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sudah meletak jawatan.

Fahmi yang kini bersama delegasi Malaysia ke San Francisco, Amerika Syarikat berkata, bekas pensyarah universiti itu juga kini tiada lagi sebarang kaitan dengan kerajaan atau agensi.

Katanya, Agus sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dan kerajaan berterima kasih atas khidmat beliau sebelum ini.

“Saya sudah bercakap dengan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM (Datuk Ismail Yusop) dan beliau mengesahkan menerima surat (surat peletakan jawatan).

“Agus sudah memberi surat peletakan jawatan dan kita berterima kasih kepadanya. Beliau kini tiada lagi kaitan dengan J-KOM atau kerajaan,” katanya memetik laporan BH Online.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata beliau belum bercakap dengan Perdana Menteri mengenai perkara itu tetapi pihaknya sudah mengambil langkah perlu untuk menggantikan tempat Agus secepat mungkin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button