Masih terlalu awal nilai prestasi Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang – Khaled Nordin
LABIS – Penilaian terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu masih terlalu awal untuk dibuat, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Mohamed Khaled, memandangkan jawatan itu baru sahaja diumumkan, sebarang keputusan atau pandangan mengenai prestasi seseorang pemimpin perlu dibuat berdasarkan tempoh pelaksanaan tugas dan pencapaian semasa.
“Ketua pembangkang ke siapa ke, apa-apa jawatan, kita akan lihat dan uji kaji dari segi prestasi. Baru diumumkan, belum tengok lagi prestasi dia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PJM MADANI KEMENTAH Tahun 2026 di Dewan Semai Bakti, FELDA Maokil 1, di sini hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pelantikan Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman sebagai Ketua Pembangkang baharu.
Pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi PN, bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sebelum ini dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












