SUKAN

Alami simpton perikarditis, Azizulhasni terpaksa tarik diri daripada merebut gangsa

ADELAIDE – Jaguh lumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada perebutan pingat gangsa dalam acara sprint Trek Nation Cup di sini selepas mengalami simpton perikarditis.

Azizulhasni berkata, gejala itu dialaminya selepas tamat perlumbaan separuh akhir acara itu hari ini.

“Dukacita saya mengumumkan bahawa saya terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pingat gangsa sprint kerana mengalami gejala perikarditis selepas perlumbaan separuh akhir.

“Saya berunding dengan doktor dan dinasihatkan untuk menarik diri daripada perlumbaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tekanan jantung saya.

“Di sebalik cabaran, ia adalah hari yang produktif selepas perlumbaan keirin semalam dan saya memberikan yang terbaik dalam pecut hari ini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya.

Azizulhasni semalam cemerlang dalam acara keirin dengan berjaya menang pingat emas.

Dalam pada itu, Azizulhasni juga merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak dan memohon maaf kerana tidak dapat menyempurnakan perlumbaan itu.

Katanya, tumpuannya kini adalah pada pemulihan dan akan menyambung semula latihan sebaik sahaja cergas semula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button