SUKAN

Belanda, Jepun dan Sweeden dari Kumpulan F sah mara ke pusingan kalah mati

DALLAS – Jepun dan Sweden sah mara ke pusingan 32 terbaik selepas kedua-dua pasukan yang terikat 1-1 mengesahkan slot kelayakan.

Jepun membuka tirai jaringan menerusi Maeda sebelum Sweden menyamakan kedudukan hasil jaringan Elanga, sekali gus memastikan kedua-dua negara melangkah ke pusingan seterusnya.

Di pusingan 32 terbaik, Jepun akan berdepan Brazil manakala Sweden bakal bertemu Perancis.

Sementara itu dalam perlawanan kumpulan sama, Belanda menjadi pasukan baharu meratah Tunisia 3-1.

Kemenangan itu membolehkan Belanda menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan F sekali gus mengesahkan pertemuan dengan naib juara Kumpulan C, Maghribi yang juga merupakan separuh akhir Piala Dunia 2022, dalam aksi pusingan 32 terbaik di Monterrey pada Selasa.

Skuad kendalian Ronald Koeman membuka tirai jaringan seawal minit ketiga apabila kapten Tunisia, Ellyes Skhiri, tertampan hantaran lintang Denzel Dumfries ke gawang sendiri.

Penyerang Sunderland, Brian Brobbey, kemudian menggandakan kelebihan Belanda menerusi gol ketiganya dalam kejohanan apabila mudah menyudahkan hantaran tandukan Virgil van Dijk dari jarak dekat.

Belanda menguasai permainan sepanjang perlawanan dan tidak banyak diuji, dengan mereka terus mencipta peluang sambil memanfaatkan kelemahan benteng pertahanan Tunisia.

Bagaimanapun, Tunisia berjaya merapatkan kedudukan pada babak kedua apabila Hazem Mastouri menanduk masuk sepakan penjuru selepas pemain tengah Belanda, Tijjani Reijnders, gagal mengawal pergerakannya.

Jan Paul van Hecke kemudian mengembalikan kelebihan dua gol Belanda apabila tandukannya daripada sepakan penjuru terkena pertahanan Tunisia sebelum menerjah gawang.

Tunisia menamatkan kempen di tangga tercorot Kumpulan F dengan tiga kekalahan berturut-turut serta dibolosi sebanyak 12 gol sepanjang saingan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button