BERITA SEMASA
BERSATU pandang serius kenyataan Presiden PAS, akan bincang secara mendalam dalam MPT
KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkaitan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, parti itu berpandangan setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan PN.
“Sehubungan itu, BERSATU akan meneliti setiap perkara yang dibangkitkan dan membincangkannya secara mendalam dalam mesyuarat Biro Politik serta Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










