Chen Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir selepas aksi mendebarkan di Terbuka Perancis
KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terpaksa bermandi peluh sebelum menempah slot ke suku akhir Terbuka Perancis 2025 yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, semalam.
Pasangan pilihan keempat kejohanan itu berdepan tentangan sengit daripada gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan, sebelum mencatat kemenangan tipis 22-20, 17-21, 22-20 dalam pertarungan lebih sejam.
Dengan kemenangan itu, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan cabaran seterusnya daripada wakil Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, dalam usaha memburu tiket ke separuh akhir.
Sementara itu, satu lagi wakil negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson, dengan keputusan selesa 21-13, 21-10 dalam tempoh hanya 27 minit.
Namun, cabaran lebih getir menanti pasangan suami isteri itu apabila mereka dijadual berdepan pilihan kedua kejohanan dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping, hari in8
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












