BERITA SEMASA

Dua penuntut IPG lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka

SUNGAI PETANI – Dua penuntut sebuah institut perguruan di utara tanah air ditemukan lemas selepas kayak yang dinaiki mereka dipukul ombak dalam kejadian di Pantai Merdeka, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kedua-dua mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20-an dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan.

Menurut beliau, operasi berkenaan turut mendapat bantuan daripada nelayan tempatan bagi mengesan kedua-dua mangsa.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan kira-kira jam 7.30 malam sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

Insiden berkenaan sekali lagi mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, terutama ketika keadaan laut bergelora.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button