BERITA SEMASA

Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, teliti semula SOP aktiviti luar

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar melibatkan semua institusi di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) akan diteliti semula susulan kemalangan yang mengorbankan dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Sabtu lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuh dalam penganjuran program seumpama itu.

Beliau berkata, pihak kementerian mengambil tanggungjawab penuh terhadap kemalangan yang berlaku ketika Program Pendidikan Luar Kampus di Pantai Merdeka.

“Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga. Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada sesiapa yang akan dilindungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program berkenaan akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.

Semalam, Fadhlina hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan keluarga terdekat kedua-dua mendiang serta menyampaikan ucapan takziah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button