Fadhlina arah IPG bantu pelajar cemerlang STPM kurang mampu
PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan agar bantuan segera disalurkan kepada Muhd. Alif Najmi susulan masalah kewangan dihadapi pelajar terbabit bagi melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Menurut Fadhlina, pihaknya akan membantu segala persiapan bagi membolehkan pelajar itu dapat mendaftar dan memulakan pengajian di IPG.
“Pagi ini saya membaca berita yang disiarkan oleh Kosmo berkenaan masalah kewangan yang dihadapi oleh anakanda Muhd. Alif Najmi dalam persediaan beliau untuk melanjutkan pengajian di IPG.
“Janji saya begini. Usah gusar anakanda. Saya telah arahkan pihak IPG untuk segera menghubungi anakanda dan memberikan bantuan.
“Insya-Allah, segala persiapan akan kami bantu bagi memastikan anakanda dapat mendaftar dan memulakan pengajian,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Baca juga : Pentaksiran pendidikan Malaysia kini lebih komprehensif, bergerak selari agenda pendidikan global – KPM
Selain itu, Fadhlina juga berharap agar Muhd. Alif terus cekal berjuang dan mengubah nasib keluarga apabila bergelar seorang guru kelak.
“Apa yang saya harapkan hanyalah supaya anakanda cekal berjuang, belajar bersungguh-sungguh dan bertekad untuk mengubah nasib keluarga.
“Apabila sampai waktunya bergelar guru nanti, curahkan ilmu sepenuh jiwa raga untuk mendidik anak bangsa,” katanya.
Kosmo! hari ini melaporkan kisah luahan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024, Muhd Alif Najmi, 20, yang kini berdepan dilema apabila hasratnya untuk melanjutkan pengajian ke IPG tergendala akibat kekangan kewangan keluarga.
Muhd Alif, yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.67 dalam peperiksaan STPM baru-baru ini, telah ditawarkan tempat di sebuah IPG di selatan tanah air.
Bagaimanapun, keluarganya tidak berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan asas bagi membolehkannya menyambung pengajian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












