BERITA SEMASA

Fahmi Fadzil ucap takziah atas pemergian Ketua Radio BERNAMA

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ketua Radio BERNAMA, Azlan Idris di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un, saya menerima khabar duka daripada pengurusan dan rakan-rakan BERNAMA awal pagi tadi bahawa Ketua Radio mereka, saudara Azlan Idris telah disahkan meninggal dunia di HKL.

“Saya turut bersedih dan merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyahram, Wan Syahrina yang merupakan Pengacara, serta Pengurus Saluran dan Kandungan Bernama TV,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pada masa sama beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada anak-anak serta seluruh ahli keluarga Allahyarham dan sahabat handai, khususnya di BERNAMA.

“Segala jasa dan sumbangan beliau dalam industri penyiaran akan sentiasa dihargai.

“Semoga Allah SWT menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah,” katanya.

Azlan, 57, merupakan antara individu terawal yang menyertai BERNAMA Radio sejak penubuhannya pada 2007.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Allahyarham memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju operasi stesen radio berkenaan termasuk melakar strategi bagi memastikan kelangsungan serta daya saing BERNAMA Radio ketika industri penyiaran negara berdepan tekanan hebat susulan ledakan teknologi digital yang berkembang pesat.


SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button