F&N nafi ada hubungan perniagaan dengan Israel, dakwa tulisan Ibrani untuk patuhi eksport ke Palestin
KUALA LUMPUR – Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menegaskan syarikat itu tidak pernah menjalinkan sebarang urusan atau hubungan perniagaan dengan Israel, susulan penularan sebuah video di media sosial yang menunjukkan pembungkusan produk mengandungi tulisan Ibrani.
Menurut syarikat itu, produk Gold Coin yang menjadi tumpuan netizen sebenarnya dieksport secara eksklusif untuk pasaran Palestin, dan bukan dijual di Israel seperti yang didakwa.
“Pada pembungkusannya tertera dengan jelas bahawa produk ini diimport oleh pelanggan kami, Food Collection Co, yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, serta memaparkan teks dalam bahasa Inggeris, Arab dan Ibrani selaras dengan syarat tempatan seperti yang diminta oleh pelanggan kami.
“F&NHB kekal komited untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan dan sentimen pengguna kami, serta berdiri seiring dengan mereka yang memperjuangkan keamanan dan keadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syarikat itu turut menegaskan bahawa F&NHB sentiasa menghormati sensitiviti masyarakat dan berdiri teguh bersama mereka yang memperjuangkan keamanan serta keadilan.
“Kami amat menghargai kepercayaan yang berterusan daripada para pengguna serta berterima kasih atas maklum balas yang disampaikan mengenai isu ini,” katanya lagi.
F&NHB turut memaklumkan, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian pengguna 1800-88-1988 atau emel groupcomms@fn.com.my
Terdahulu, tular sebuah klip video di TikTok memaparkan seorang warga Palestin menunjukkan produk didakwa keluaran F&N yang menampilkan tulisan Ibrani bersama logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












