Gangguan elektrik di Lembah Klang berpunca daripada panahan petir Loji Edra Melaka
KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan elektrik yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang semalam berpunca daripada panahan petir di loji janakuasa Edra Melaka, awal pagi hari yang sama.
Dalam kenyataan, Edra Power memaklumkan loji berkenaan terpaksa ditutup sementara bagi tujuan keselamatan, sebelum usaha pemulihan segera dijalankan untuk memulihkan penjanaan tenaga.
“Loji kini kembali beroperasi sepenuhnya dan langkah pencegahan sedang dikaji semula bagi mengurangkan risiko gangguan pada masa hadapan,” jelas kenyataan itu, semalam.
Edra turut memberi jaminan bahawa semua tindakan sedang diambil bagi memastikan kestabilan sistem tenaga dan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dipulihkan secepat mungkin.
Terdahulu, gangguan bekalan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan termasuk Seksyen 8 Petaling Jaya, Universiti Malaya, Bukit Damansara dan Mont Kiara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












