LUAR NEGARA

[VIDEO] Israel lancar serangan awal ke Tehran

TEL AVIV – Israel telah melancarkan serangan awal terhadap Iran, kata Menteri Pertahanan, Israel Katz.

Memetik laporan Time of Israel, Katz berkata, beliau telah mengisytiharkan “keadaan darurat serta-merta di seluruh negara.”

@malaysiatribune

Media antarabangsa dan platform media sosial luar negara mula memaparkan letupan di Tehran dipercayai serangan dari Israel. #fypdong #fypシ゚viral🖤tiktok #irandiserang #israel #tehrandiserang

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Israel telah melancarkan serangan awal terhadap Iran bagi menghapuskan ancaman terhadap Israel,” katanya.

Sementara itu, siren amaran kedengaran di seluruh Israel pihak berkuaa memberi amaran kepada orang awam supaya berada berhampiran tempat perlindungan bom.

Mesej tersebut menyatakan, “berikutan situasi keselamatan,” orang awam perlu memastikan mereka mengetahui lokasi tempat perlindungan paling selamat berhampiran dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu.

IDF memaklumkan bahawa “amaran proaktif” itu bertujuan untuk mempersiapkan orang ramai terhadap kemungkinan serangan peluru berpandu ke wilayah mereka.

Tentera turut menyatakan bahawa setakat ini, orang awam tidak perlu memasuki tempat perlindungan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button