BERITA SEMASADALAM NEGERI

Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan di TikTok

KUANTAN – Istana Pahang menafikan dakwaan kononnya Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai menerusi aplikasi TikTok.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Istana Pahang menjelaskan penafian itu dibuat susulan kewujudan sebuah akaun TikTok menggunakan nama ‘Datuk Muhammad Yusuf’ yang memperdaya orang ramai dengan memanipulasi wajah Baginda menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada, meneliti kesahihan maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang tular di media sosial.

Masyarakat juga digesa segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menerima mesej mencurigakan yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button