JENAYAH & MAHKAMAH

Isu hutang punca pergaduhan: 13 ditahan, lima lagi masih diburu

KUALA LUMPUR – Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini menerima kertas siasatan kes pergaduhan di Jinjang Utara yang dipercayai berpunca daripada pertikaian hutang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, mahkamah membenarkan permohonan untuk menyambung reman 13 individu terbabit sehingga 23 Jun depan bagi membantu siasatan lanjut.

“Untuk yang 13 orang (ditahan sebelum ini), hari ini kita rujuk (kertas siasatan kepada) TPR untuk cadangan pertuduhan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang giat mengesan lima lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan 13 lelaki dipercayai terbabit pergaduhan berpunca daripada pertikaian urusan hutang di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara pada 11 Jun lalu.

Susulan kejadian, 13 individu berusia 18 hingga 51 tahun ditahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button