BERITA SEMASADALAM NEGERIPMX

Isu Kampung Baru : Pandangan Sultan Selangor selari Kerajaan MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menekankan kepentingan latar sejarah, masa depan dan hala tuju Kampung Baru.

Menurut beliau, pandangan itu selari dengan pendirian Kerajaan MADANI yang menekankan kepentingan menghargai warisan sejarah selain memastikan pembangunan dilaksanakan secara adil dan seimbang.

“Kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi kepada kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap pembangunan membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak serta sejarah yang disifatkan sebagai kepentingan nasional.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin menegaskan pembangunan semula Kampung Baru perlu dilaksanakan secara teliti dengan memberi keutamaan kepada kepentingan orang Melayu.

Baginda bertitah bahawa pembangunan tidak boleh menafikan sejarah kawasan berkenaan yang ditubuhkan pada tahun 1899 hasil kurniaan Sultan Selangor kelima, Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah sebagai Malay Agricultural Settlement (MAS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button