Jamal Musiala patah pergelangan kaki ketika menentang PSG
ATLANTA – Bintang muda Jerman, Jamal Musiala terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ngeri dipercayai patah pergelangan kaki ketika bertembung dengan penjaga gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma.
Dalam insiden lewat permainan membabitkan aksi suku akhir Piala Kelab Dunia antara Bayern Munich dan PSG,
Jamal cuba melepasi kawalan benteng terakhir itu sebelum dirempuh Donnarumma hingga menyebabkan pemain berusia 22 tahun itu menjerit kesakitan dan rebah sambil memegang kaki kirinya.
Jamal kemudiannya dibawa keluar menggunakan pengusung perubatan dan dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut.
Pada masa ini, Bayern belum mengesahkan tahap kecederaan sebenar pemain itu.
Namun sumber pasukan memberi bayangan bahawa Jamal mungkin terpaksa direhatkan panjang, sekali gus membuka kemungkinan kelab Jerman itu mencari pengganti segera dalam jendela perpindahan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











