BERITA SEMASA

Jasad warga emas dipercayai lemas ditemukan di Taman Tasik Taiping

TAIPING – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas di sebuah tasik di Taman Tasik Taiping, pagi tadi.

Menurut Pemangku Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, jasad wanita berusia 73 tahun itu ditemukan terapung berhampiran benteng tasik.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping digerakkan pukul 9.01 pagi tadi.

“Anggota penyelamat menggunakan tali untuk mengeluarkan jasad tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, operasi yang melibatkan enam anggota itu ditamatkan pada pukul 9.55 pagi.

Shazlean turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada berhampiran kawasan takungan air.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button