Kecewa selepas 6 bulan siasatan tiada perkembangan, Rafizi pertimbang mahu polis hentikan siasatan
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli melahirkan kekecewaan di atas siasatan terhadap anak dan isterinya yang tiada sebarang perkembangan selepas enam bulan serangan itu berlaku.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sekiranya masih belum mendapat sebarang perkembangan, beliau sendiri akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghentikan siasatan.
“Kalau dirasakan siasatan tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengusulkan supaya siasatan dihentikan dan NFA saja kes ini.
“Jangan buang masa anggota polis kat bawah yang hanya menurut perintah.
Lagi pun, Perdana Menteri juga yang beriya-iya keluar kenyataan cepat-cepat suruh siasatan dibuat secara telus.
“Kalau dah lebih enma bulan tapi tak ke mana, malu lah PMX. Baik saya yang sukarela suruh tutup saja siasatan untuk jaga air muka PMX. Apa yang dah jadi tu dah jadi. Saya redha dan insya-Allah, kami sekeluarga lebih yakin dengan doa dari bergantung kepada budi bicara manusia, agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun di negara ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu Rafizi juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perjumpaan dengannya di Parlimen pada 1 Disember tahun lalu.
“Pertama, perjumpaan dengan saya pada 1 Disember itu benar-benar berlaku. Ya lah takkan dia nak menafikan CCTV kat Parlimen semua ada.
“Kedua, bahawa memang beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan sudut siasatan kes itu dalam pertemuan dengan saya pada 1 Disember 2025. Cuma dia tak boleh kongsi secara terbuka saja.
“Itu saja yang saya nak sebenarnya. Saya pun realistik takkan lah beliau akan kongsi apa yang beliau beritahu kepada saya.
“Sebab saya pun faham dalam sistem kita, kalau tidak ada kuasa, proses nak cari dalang kes macam ini memang jadi lama. Silap-silap hari senyap begitu saja bila dirasakan orang sudah lupa,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












