AGAMABERITA SEMASA

Kem Ibadah Nusantara 2025 himpun komuniti hijrah LGBT

Kem Ibadah Nusantara 2025 himpun komuniti hijrah LGBT

TEMERLOH – Lebih 100 komuniti hijrah daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seluruh negara termasuk Indonesia berhimpun dalam Kem Ibadah Nusantara 2025 yang berlangsung di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradhawi (KOMTAQ), di sini baru-baru ini.

Program anjuran Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu membawa tema ‘Bersama Kembali ke Jalan Fitrah’ dan berlangsung selama tiga hari dua malam, dari 19 hingga 21 September.

Antara pengisian utama ialah pendedahan mengenai rawatan kecemasan, kesihatan mental dan gaya hidup sihat yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh.

Slot kerohanian pula disampaikan oleh pegawai JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang dengan penekanan kepada pengukuhan iman serta bimbingan agama.

Selain itu, pelbagai aktiviti riadah dan sukaneka turut dianjurkan bagi mengeratkan silaturrahim sesama peserta, sekali gus menambah nilai kekeluargaan dalam komuniti tersebut.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Prof Dr Samsul Draman yang mewakili Rektor UIAM.

“Program ini mendapat sambutan positif apabila para peserta menzahirkan rasa syukur diberi peluang mengikuti program yang bukan sahaja menyantuni kesejahteraan mental, malah memperkukuh aspek spiritual,” kata JAKIM dalam satu kenyataan.

Diharapkan penganjuran program Kem Ibadah Nusantara sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usaha mendekati dan membimbing golongan rentan kembali ke jalan fitrah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button