Kempen Internet Selamat lepasi sasaran tahun ini – Fahmi
KUALA LUMPUR – Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah berjaya melepasi sasaran bagi tahun ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bagi tahun ini, sasaran ditetapkan adalah sebanyak 8,000 buah sekolah.
“Sehingga 20 November 2025, kempen ini telah berjaya dilaksanakan di 8,158 sekolah seluruh negara, melebihi sasaran 8,000 sekolah untuk tahun ini,” kata Fahmi.
Beliau turut memberitahu, pecahan sasaran yang dicapai tersebut meliputi sekolah rendah sebanyak 6,211 diikuti sekolah menengah (1,947), kolej (26), institusi pegajian tinggi (31), institut perguruan (4) dan kepada umum (4290).
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Seminar Kesedaran Penipuan Siber khusus untuk komuniti India di Pusat Komuniti Lembah Pantai, di sini hari ini.
Kempen kesedaran yang menyasarkan sebanyak 10,000 sekolah menjelang suku ketiga 2026 itu bertujuan mendidik pengguna, terutamanya pelajar, mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab dengan matlamat untuk meningkatkan literasi digital dan membina persekitaran dalam talian yang lebih positif.
Ia memberi fokus kepada isu-isu seperti buli siber, penipuan dalam talian, perjudian digital, dan kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












