BERITA SEMASA

Khaled Nordin zahir rasa sedih pemergian mendiang Truper K Indiran

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian mendiang Truper K Indiran, seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat kepada negara hingga ke akhir hayat beliau.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau secara peribadi menzahirkan rasa sedih yang mendalam kepada keluarga mendiang serta memohon rakyat Malaysia agar terus mendoakan mereka supaya kekal cekal dan tabah menghadapi dugaan berat ini.

“Mendiang merupakan anak kepada mendiang Lt Kol C Kayamboo Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang terkorban ketika menjalankan tugas pada tahun 2016.

“Ibu kepada mendiang Indiran, S Usha bersama keluarga, sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang yang telah mengabdikan khidmat kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

khaled nordin
MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled berkata, pengorbanan sebuah keluarga yang menyerahkan bukan seorang tetapi dua insan tersayang kepada tanah air merupakan satu pengorbanan yang tidak akan dapat dibalas mahupun dibandingkan dengan apa jua cara sekalipun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button