Kita dia suruh ikut Islam, dia ikut nafsu – sindir Adly Zahari
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Adly Zahari mengkritik PAS yang ‘cakap tidak serupa bikin’ dalam tindak tanduk mereka.
Adly berkata, krisis yang sedang melanda Perikatan Nasional (PN) secara tidak langsung menampakkan pendirian tidak konsisten parti itu.
“Nasib kau oranglah bila buat PAS sebagai rakan politik. Kita dia suruh ikut Islam, dia ikut nafsu,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejutkan semua pihak apabila meletak jawatan sebagai Pengerusi PN.
Keputusan itu dibuat ketika ketegangan memuncak antara PAS dan BERSATU, susulan tindakan pemimpin BERSATU di Perlis yang memulakan percubaan rampasan kuasa sehingga menyebabkan PAS kehilangan penguasaan ke atas kerajaan negeri itu.
Susulan keputusan itu, PAS menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi PN dalam usaha mengukuhkan gabungan tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












