
Lelaki ‘tunjal’ kepala pemandu wanita ditahan polis
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bertindak menunjal kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam ditahan polis.
Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut, menurut laporan BH Online.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Terdahulu tular satu video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.
Suspek mendakwa wanita itu memandu secara melulu dan cuba memotong ketika keadaan berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












