Lelaki warga asing maut, disyaki jatuh kondominium
SEPANG – Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan lobi sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat sini petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, pihaknya menerima laporan dari orang awam kira-kira pukul 2 petang menerusi talian MERS 999.
Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis dihantar ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba di lokasi, beliau memberitahu mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan tubuh badan berlumuran darah di lantai lobi.
“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat lima unit kediaman yang didudukinya di bangunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan turut mendapati, mangsa merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan dan pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
“Orang ramai dipohon untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi hotline IPD Sepang di talian 0387774222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












