JENAYAH & MAHKAMAH

Letupan tong gas di tapak ekspo: Reman peniaga belon disambung sehari lagi

SUNGAI PETANI – Perintah reman terhadap peniaga belon yang dikaitkan dengan insiden letupan tong gas sehingga mengorbankan seorang lelaki di tapak ekspo berhampiran Dataran Jam Besar, Khamis lalu, disambung satu hari lagi.

Suspek lelaki berusia 38 tahun yang berasal dari Kuala Kedah itu dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi bagi proses permohonan sambungan reman.

Majistret Muhammad Saiful Akmal Mohd Razi membenarkan reman sehari lagi terhadap suspek.

Difahamkan, suspek akan didakwa di mahkamah esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Sementara itu, pekerja suspek berusia 18 tahun yang turut ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media petang ini berhubung perkembangan siasatan kes itu.

Dalam kejadian pada pukul 7.53 malam Khamis lalu, satu insiden dipercayai letupan tong gas berlaku di tapak ekspo berhampiran Dataran Jam Besar, di sini hingga menyebabkan seorang lelaki maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera ringan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Azmi, 42, dari Permatang Pasir, Tikam Batu manakala tiga yang cedera masing-masing berusia 15, 36 dan 49 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button