Liga Super: NSFC bangkit saat akhir, gigit Kuching City 2-2
SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) mempamerkan kebangkitan dramatik apabila berjaya mengikat Kuching City 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Kuching City terlebih dahulu menguasai perlawanan apabila Ahmad Danial Ahmad Asri membuka jaringan seawal minit ketujuh selepas memanfaatkan ruang di bahagian kiri pintu gol tuan rumah.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat terus menambah derita NSFC menerusi Ronald Ngah yang menanduk bola hasil situasi kelam-kabut di depan gawang pada minit ke-47.
Namun, skuad Rusa yang beraksi di hadapan 24,478 penyokong setia tidak berputus asa. Semangat juang mereka membuahkan hasil pada minit ke-78 apabila Joseph Esso menyempurnakan lorongan cantik Ameyaw Alexander Agyakwa untuk merapatkan kedudukan.
Detik paling mencemaskan berlaku pada masa tambahan apabila Nsue Etugu Luis Enrique muncul penyelamat NSFC. Tandukan kencangnya hasil sepakan sudut memastikan tuan rumah mengutip satu mata berharga.
Keputusan seri itu menyaksikan NSFC mengekalkan momentum selepas kemenangan ke atas Selangor FC minggu lalu, sementara Kuching City terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata dari Paroi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












