BERITA SEMASADALAM NEGERI

Mahkamah Pilihan Raya Melaka kekalkan kemenangan Mas Ermieyati

MELAKA – Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengesahkan sekaligus mengekalkan kemenangan calon kerusi Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15.

Hakim Abu Bakar Katar menolak petisyen yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid yang cuba membuktikan wujud unsur rasuah ketika kempen pilihan raya itu berlangsung.

Dalam petisyen pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional itu selepas mendakwa berlaku sogokan wang dan jamuan meraih undi.

Mas Ermieyati bagaimanapun mengekalkan kerusi itu selepas mahkamah menolak petisyen berkenaan, bagi menafikan kemenangan calon PN itu.

Namun Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Pada 19 November 2022, Mas Ermieyati memenangi kerusi parlimen berkenaan dengan majoriti 4,411 undi selepas menewaskan Abdul Hakim, Mutalib Uthman (MUDA) dan Handrawirawan Abu Bakar (PEJUANG).

Mas Ermieyati memperoleh 25,604 undi manakala Abdul Hakim (21,193), Mutalib (7,445) dan Handrawirawan (507) untuk sekali gus menjadi Ahli Parlimen Masjid Tanah bagi penggal ketiga.

Peguam mewakili Mas Ermieyati, Faizi Che Abu berkata, mahkamah memutuskan Abdul Hakim gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa wang diagihkan semasa tempoh kempen untuk mendorong pengundi memilih Perikatan Nasional (PN).

Mas memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti 4,411 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang Abdul Hakim; calon Muda Mutalib Uthman; dan Handrawirawan Abu Bakar daripada Pejuang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button