PMX

Malaysia, Brazil senada basmi kemiskinan di negara membangun

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Brazil sepakat bagi mempromosi dan melindungi kepentingan negara-negara membangun, khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, menerusi perbualan telefon dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva semalam, Malaysia turut senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Menurut Perdana Menteri, kerjasama tersebut khususnya melibatkan bidang pengurusan hutan, sektor tenaga hijau, perubahan iklim, industri halal, sains dan inovasi.

“Dalam perbualan ini, kami nyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat bagi mempromosi dan melindungi kepentingan negara-negara membangun, khususnya dalam membasmi kemiskinan dan kebuluran,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau
turut mengambil peluang dengan mewakili rakyat Malaysia bagi mengucapkan terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Presiden Lula atas sokongan tegas Brazil kepada Palestin.

Tambahnya, beliau juga menerima undangan Presiden Lula bagi mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada November nanti.

“Semoga hubungan Malaysia dan Brazil akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button