BERITA SEMASA

Maritim Malaysia Perak serah nelayan Indonesia diselamat dari bot karam kepada kedutaan

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyerahkan dua nelayan warga Indonesia yang diselamatkan dalam kejadian bot karam pada 8 Mac lalu kepada wakil kedutaan negara tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, dua nelayan terbabit iaitu M. Jabar, 38 dan Musliadi M. Aji, 44 berasal dari Kabupaten Acheh Timur diserahkan di depan wakil kedutaan, Yoshi Iskandar di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak 11.30 pagi semalam.

“Dalam insiden pada 8 Mac lalu, Pusat Operasi Maritim Negeri Perak telah menerima panggilan dari agen bot tunda terbabit yang memaklumkan bahawa bot nelayan tersebut mengalami kebocoran dan kemudiannya tenggelam.

“Bot tunda tersebut telah berjaya menyelamatkan dua nelayan ketika dalam pelayaran dari Pulau Langkawi menuju ke Lumut, Perak, dan kemudian menyerahkan mangsa kepada Maritim Negeri Perak untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohamad Shukri berkata, urusan penghantaran pulang nelayan tersebut akan diuruskan oleh pihak Indonesia dan wakil kedutaan telah bersetuju untuk menerima mangsa setelah proses pengesahan dan dokumentasi selesai.

“Penyerahan dua nelayan warga Indonesia ini adalah tanda hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia terutamdalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button