Masih terlalu awal anggap HRD Corp sebagai skandal besar seperti 1MDB – Fahmi
PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk menganggap isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal besar seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Fahmi berkata, Jabatan Audit Negara (JAN) baru sahaja membangkitkan isu berkaitan tatakelola dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan HRD Corp.
“Kita belum ada maklumat penuh mengenai isu berkait dengan HRD Corp. Mungkin kita perlu penelitian dahulu seperti memberi ruang kepada Ahli Parlimen membahas serta Menteri Sumber Manusia memberikan jawapan di Parlimen,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan oleh HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti yang bukan matlamat asal penubuhan agensi tersebut.
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, menyarankan agar pengurusan HRD Corp dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan kerana kegagalan dalam audit yang dilakukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












