BERITA SEMASA

‘Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati apa kesalahan kita…’

CYBERJAYA – Kuasa merotan wajar dikembalikan kepada guru sebagai langkah mendidik dan mendisiplinkan pelajar di sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, tindakan merotan bukan bertujuan untuk mencederakan, sebaliknya satu bentuk pengajaran supaya pelajar memahami kesalahan mereka.

“Sebab itu kita bersetuju untuk kembalikan semula kuasa merotan kepada guru. Jika tiada rasa takut, maka susah nak timbul rasa hormat, akhirnya lahirlah manusia yang kurang ajar.

“Merotan bukan mahu membunuh. Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati apa kesalahan kita supaya menjadi manusia yang beriman di masa mendatang,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dr Akmal berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka yang dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior.

Lebih menjijikkan, perbuatan itu turut dirakam dan ditonton dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah sekitar jam 2.50 petang minggu lalu.

Kejadian yang berlaku pada 2 Oktober terbongkar selepas rakaman video tidak bermoral itu tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan diketahui oleh ibu mangsa pada petang semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button