JENAYAH & MAHKAMAH

Murid perempuan cedera di kepala, dakwa dipukul rakan sekolah

SIPITANG – Seorang murid perempuan dilaporkan cedera di kepala dipercayai akibat dipukul seorang murid lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah ini, pagi tadi.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial setelah gambar mangsa dimuat naik beserta catatan yang mendakwa murid itu dipukul menggunakan tali pinggang.

Gambar yang dikongsikan dalam hantaran itu menunjukkan mangsa berpakaian seragam sekolah dengan kesan darah pada pakaian.

Menerusi gambar tular itu juga, murid terbabit dilihat berada di dalam sebuah kenderaan sambil memegang kepalanya dan dipercayai dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut BH Online, Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintendan Awang Anak Suanda mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button