BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Ops Taring Sky: Tokan dadah dicekup di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan dalam satu serbuan di Kampung Pulau Rusa, di sini semalam, selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak empat tahun lalu.

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), serbuan membawa kepada rampasan 550 biji pil Yaba seberat 61.8 gram, syabu (4.4 gram), wang tunai RM2,000, sebuah telefon bimbit dan beg duit, dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah hampir RM12,000.

“Suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat tahun lalu dan penahanannya dipercayai berjaya memutuskan bekalan dadah kepada hampir 100 orang penagih di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Serbuan menerusi Operasi Taring Sky itu dijalankan hasil risikan Cawangan Risik Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Gong Badak, Briged Tenggara PGA bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, ujian air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, PDRM merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota PGA yang terlibat dalam operasi tersebut dan menegaskan usaha membanteras sindiket dadah akan terus dipergiatkan demi kesejahteraan masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button