Orang ramai digesa tidak adakan perhimpunan esok – KDN
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India yang bermula esok hingga Ahad ini.
Menurut KDN dalam satu kenyataan, sehubungan itu pihak polis akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang.
“Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara, KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan tegas bagi menjamin keselamatan rakyat serta kestabilan negara,” katanya hari ini.
Mengulas mengenai lawatan rasmi itu katanya, ia mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh serta saling menghormati antara kedua-dua negara.
Katanya, KDN melalui pasukan polis bertanggungjawab menyusun semua persiapan keselamatan sempena lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











