POLITIK

PAS dijangka umum Ketua Pembangkang sebelum sidang Parlimen

KOTA BHARU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dijangka mengumumkan pelantikan Ketua Pembangkang baharu sebelum berlangsungnya sidang Parlimen akan datang.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan itu akan dimuktamadkan selewat-lewatnya hujung Mac ini selepas mengambil kira pandangan semua Ahli Parlimen dalam gabungan berkenaan.

Menurutnya, jawatan tersebut akan diisi oleh Ahli Parlimen daripada PAS, selaras dengan amalan biasa dalam kalangan parti pembangkang.

“Apabila dibuat ketetapan, pandangan Ahli Parlimen diambil kira sebagaimana pelantikan sebelum ini yang dipersetujui bersama,” memetik BH online.

Beliau berkata pelantikan Ketua Pembangkang baharu perlu mendapat persetujuan parti-parti komponen PN menerusi Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu.

Sebelum itu, media melaporkan PAS akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun nama individu yang bakal dilantik masih belum diumumkan.

Ketika ini, jawatan berkenaan disandang Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu.

Perkembangan itu dijangka memperjelaskan hala tuju kepimpinan pembangkang menjelang persidangan Parlimen akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button