Pasangan remaja dipercayai buang bayi di parkir surau ditahan
JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih remaja ditahan polis hari ini, selepas dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan di parkir sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lalu.
Remaja lelaki berusia 18 tahun dan teman wanitanya, 19, itu ditahan pihak berkuasa pada pukul 2.15 pagi tadi di Taman Universiti.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap mereka adalah negatif.
“Polis dijangka mendapatkan perintah reman untuk menahan pasangan tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan anak dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jika sabit kesalahan, hukuman bagi jenayah tersebut boleh membawa kepada penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, media melaporkan bayi tersebut ditemui oleh jemaah surau berkenaan dalam keadaan masih bertali pusat dan dibalut dengan tuala pada pukul 7.33 petang, Sabtu lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











