Pasca PRN Sabah: Hajiji angkat sumpah sebagai Ketua Menteri buat penggal kedua
KOTA KINABALU – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua, awal pagi ini.
Hajiji, yang berjaya mempertahankan kerusi Sulaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semalam, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dalam satu upcara di Istana Seri Kinabalu pukul 3.05 pagi tadi.
Hadir sama, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya; Peguam Besar Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh; serta Setiausaha Sulit kepada Tun Musa, Izharuddin Jalaludin.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan GRS memperoleh kerusi terbanyak iaitu 29, diikuti diikuti Parti Warisan (WARISAN) dengan 25 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) enam kerusi, Bebas (5), UPKO (3), STAR Sabah (2), dengan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan KDM masing-masing satu kerusi.
Satu sumber menyebut, GRS berjaya melepasi majoriti mudah bgi membentuk kerajaan negeri apabila berjaya membentuk gabungan dengan ahli Bebas, UPKO, PH dan KDM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












