BERITA SEMASA

PRN Sabah: Calon PH DUN Silam kekal bertanding walaupun umum tarik diri – SPR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan hasrat penarikan diri calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abd Halim Sidek Gulam Hassan tidak diterima mengikut peraturan sedia ada.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, Abd Halim telah diumumkan sebagai calon yang sah pada Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan berdasarkan Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Katanya, seseorang calon tidak boleh menarik pencalonannya selepas pukul 10 pagi pada hari penamaan.

“Sehubungan itu, SPR menegaskan bahawa nama calon berkenaan akan kekal di dalam kertas undi bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri Silam dan proses pilihan raya akan diteruskan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button